Tuesday, 8 September 2015

Realiti hidup...

Assalamualaikum rakan2 blog,lama sgt sy x update blog ni.huhuhu... byk story nk masukkan,tp masa mencemburui..huhu..
Nk update nota pun tak sempat,insyaAllah sy akan update nota dlm masa terdekat ni..
Hari ni,hati agak gundah gulana..namun sy dapat belajar sesuatu yg baru..hidup ibarat roda,hari ini kita di atas,esok lusa belom tentu nasib menyebelahi kite.. kdg kala dalam pekerjaan perlu ada pengorbanan & itulah yg sedang sy lakukan utk kerjaya saya.. i love my job..sy suka jd pendidik.. moga Allah kuatkn semangat sy untuk terus berbakti dengan anak bangsa & masyarakat sekeliling.. Amin.....

Monday, 31 August 2015

Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas Sg Sireh


Perarakan sempena Hari Kebangsaan sekolah Tabika Kemas Zon Sg Sireh, sekolah anak mama yang telah diadakan pada Jumaat 28/08/15 yang lepas. Mama ambk cuti temankan hero mama sorang ni.. tgk anak happy, mama pun happy.. lepas berarak ada la aktiviti sukan sikit, kanak-kanak pun seronok, makan kek, makan aiskrim.. syukran Cikgu Odah, cikgu Tabika Kemas Nurul Ain, Sg Sireh..


Sunday, 23 August 2015

Kursus Pembuatan Kuih Dingin Beku di Kolej Komuniti Tg Krg



Last week sy join kursus pendek di kktgkrg,slalunya sy yg jd urusetia.tp kali ni sy plk jadi peserta..sbb kan nk bljr bt kuih tembosa..tembosa ni mcm karipap.tp intinya dibuat drpda ikan kembong.slalunya klu balik rumah mak mertua kt kuantan,dpt la mkn tembosa ni..so skrg dh pandai bt tembosa..gambar xsmpt ambk.cume smpt ambk gmbr tembosa je..hehehhe.. ok blh tgk gmbr di bwh ye.. eh lupa nk bagitau, jika nk di sejuk bekukan, tembosa ni perlu dibakar dengan suhu 180 darjah selama lebih kurang 10 minit. sehingga tembosa tu kering. selepas itu baru masuk dlm peti ais tahan sehingga 6 bulan ye... cik2 puan blh la cube resepi yg sy bg td ye.. selamat mencube.

Jalan2 Cari Makan


Ni story smlm.bwk anak jalan2 cyberjaya,putrajaya & s.alam.. niat nk tgk belon panas,tp cuaca sgt panas,ramai plk org kt sana.parking pun sush..so bek la depa ke wetland..depa mkn aiskrim,main kt playground,than ajak g mkn ns arab kt cyberjaya..thanx to husbnd sbb blnja mkn..puas ht mkn ns arab..blh bg 5 bintang..hehehehe.. otw balik,sggh sek 13,s.alam,ambk gmbr kt ofis upin ipin.suke betul abg firas & qamira.... balik rumah penat sgt..mama pun demam.sbb berjemur panas.cuaca skrg sgt terik.. sepatutnya x blh berjemur sgt dlm keadaan cuaca pns ni ..nasib anak2 xdemam..huhuhu...

Wassalam...

Friday, 21 August 2015

TIPS MUDAH & MURAH UNTUK MENGHIAS RUMAH (DEKO BAJET)


Nota DEKO BAJET ni disediakan oleh saya dan rakan2 saya semasa kami menghadiri Kursus Penulisan pada tahun 2013.. sekadar perkongsian bersama saya attachkan di sini..moga dapat dikongsi bersama..



KLIK DI SINI

Sejarah Senibina Rumah Melayu Tradisional


Assalamualaikum kepada rakan2 blog..Alhamdulillah diberi kesihatan hari ini utk mneruskan tugas2 harian.. kerja adalah salah satu ibadah, oleh itu jalankan tugas-tugas kita dengan penuh keikhlasan..:-) hari ini sy nk upload nota berkaitan Sejarah Senibina Rumah Melayu Tradisional.. topik ini adalah pengenalan kepada subjek Bahan Binaan I, bagi pelajar Sijil Pelukis Pelan Senibina di Kolej Komuniti..Nota ini disediakan oleh penggubal Kolej Komuniti untuk silibus Bahan Binaan I. Moga ilmu ini dapat dikongsi bersama.. nota-nota lain akan menyusul.. TUNGGGUU........!

KLIK DI SINI


Wednesday, 19 August 2015

Buah Hati Mama - Firas & Qamira

  • Sayang mama yg x terluah utk anak2 mama.. moga kekuatan mama hingga ke akhir hayat mama membesarkan anak2 mama pengubat hati pengarang jantung mama... mmmmuaahhh........

Our Love...


Picture ni time jalan2 kt The Curve, Damansara..

KAEDAH KONVENSIONAL & SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS)


Di sini saya sertakan bersama nota tentang Kaedah Pembinaan Konvensional dan Kaedah Pembinaan Sistem Berindustri (IBS). Kebanyakan bangunan masa kini lebih memilih kaedah IBS kerana sistem yang cepat dan kualiti yang terjamin kerana komponen-komponennya dihasilkan di kilang. 

Diharapkan nota ini sedikit sebanyak dpt membantu anda yang mencari maklumat terutamanya pelajar-pelajar. 

Saya akan update nota dari masa ke semasa.. :-)      


KLIK DI SINI

Cara nak Generate QR Code melalui Google Form

 Assalamualaikum sahabat2.. Rentetan dari Kursus Asas Google Form haritu, saya sambung nota bagaimana cara nak generate QR Code untuk edar G...