Monday, 13 December 2021

PENTING KE MEDICAL CARD & INSURAN KEMALANGAN ??? Jom dengar kisah saya - PART 1

 

PART 1

Assalamualaikum wbt..

Lama x mencoretkan sesuatu di dalam blog sy ni. Dek kerana kesibukan lately, saya terpanggil untuk mencoretkan kisah yang terjadi pada saya, sebulan yang lalu. 

Disebabkan sy seorang penjawat awam, beberapa tahun yang lepas, ade ejen Medical Car Ceupacscare datang ke pejabat saya, kami beramai2 isi form utk buat potongan gaji utk Medical Card Csupacscare ni. masa tu potongan dalam RM 122 kalau silap. tp selepas beberapa bulan, ada kenaikan untuk bayaran medical card ceupacscare ni. dan bayaran dalam payslip saya termasuk insuran kemalangan(personal accident) adalah RM 137.80. Sebenarnya kemampuan saya hanya setakat itu sahaja, memikirkan jarang2 sangat saya gunakan kad medical tu. selalunya buat rawatan di klinik swasta jer.. Kene ingat ye, syarat untuk claim kad medical tu adalah kene warderd.

Pada awalnya, apabila ada kenaikan cas bulanan tu, saya fikri, nk tutup je la medical card ni, sebab tak guna pun kan.. tapi nk dijadikan cerita, disebabkan kesibukan masa, saya pun tak sempat nk uruskan penutupan medical card ni. 

Kisah bermula, pada hari deepavali baru2 ni, kami sekeluarga balik ke kampung MIL di Sg Isap Kuantan iaitu pada 05/11/2021. kami tiba di sana lebih kurang jam 4.30 ptg. Al kisah nk dijadikan cerita, en suami saya ditimpa kemalangan di bilik air. kaki nya terkena batu kolah di bilik air. En suami pecahkan batu kolah air tu, than pecah jatuh di ats ibu jari kaki dia, hampir separuh putus. Waktu kene tu, saya memg panik, saya pun tak nampak luka ibu jari kaki dia, cuma sy memg terus ambil Lotion Allano Amway ni. Memang saya akan bawa ke mana2 lotion ni. 


Selepas spray, terus MIL ikat kt tempat luka dengan sapu tngan. Dalam keadaan kelam kabut sy terus drive mencari klinik terdekat. Kami sampai di Poliklinik Ar Razi. tp malangnya, kami tidak dilayan, nurse bgtau patient tgh ramai, jadi lambat tunggu. kebiasannya kes2 kecemasan, klinik akan ambik dulu kan, tp xpe kami akur. than sy drive ke Putramedic Kuantan. Masih perlu menunggu, tp alhamdulillah dipermudahkan urusan. Doktor xray dan doc bgtau memg ibu jari patah. tulang dlm tu hancur. Dalam hati memg sy berdoa, supaya xde patah, sbb ry risau sangat2 fikirkan suami sy ni ade Diabetics.. camane keadaan utk jaga luka dia nt. kemudian Doktor buat surat dan doktor tanya nak gi hospital mana. masa tu kami diberi pilihan nk refer hospital besar kuantan atau boleh pergi hospital swasta.

Penting ye kawan2 bile dh ambik medical card tu, penting utk kita tahu hospital mana yang boleh cover utk ceupacscare ni. Masa tu saya pun khilaf, x pernah ambil tahu, sy tau bayar je tiap bulan. baru la saya terus search depan doktor, than say acari hospital yang dekat dengan rumah MIL. sbb snang nk ulang alik, dengan anak2 lagi tinggalkan kt umah MIL. than kami pun bagitau doktor nk gi Kuantan Medical Centre (KMC) sbb dkt ckit dengan umah MIL. sebenarnya saya ni x bape arif jalan kt kuantan tu, saya bergerak ke sana cni berbantukan Waze jer. 

Alhamdulillah sepanjang proses menunggu, ke sana ke sini, tak de darah meleleh dari luka kaki suami saya td. saya pun hairan. sbb dah pergi 2 klinik berjalan2, tp xde kesan kt lantai klinik. rupe2 nya sbb saya dah spray allano dkt luka dia td. 

Selepas dpt surat utk refer ke KMC, kami pun balik ke rumah MIL dulu, utk ambil baju2 dan keperluan suami ke KMC. 

Next kisah di KMC saya akan kongsikan pada slot akan datang yer 😃😀


Cara nak Generate QR Code melalui Google Form

 Assalamualaikum sahabat2.. Rentetan dari Kursus Asas Google Form haritu, saya sambung nota bagaimana cara nak generate QR Code untuk edar G...