Sunday, 18 June 2023

Master Journey (Facilities Management @UiTM)

 

Assalamualaikum sahabat2 blog..

Lamanya tak mencoret dalam ruangan blog sy ni..

Disebabkan kesibukan..

Kisahnya saya yang dulu seorang pensyarah di Kolej Komuniti Tanjong Karang, telah mendapat cuti belajar bermula Bulan 10/2022 yang lalu.. 

Saya dapat melanjutkan pengajian dalam Master in Facilities Management di UiTM Shah Alam..

Syukur Alhamdulillah, setelah 4 kali permohonan scholarship sy dengan Kementerian Pendidikan Tinggi ditolak, akhirnya rezeki Allah tak pernah salah alamat, di saat umur saya pada tahun ini masuk 40 tahun, akhirnya Allah bg rezeki sy utk menyambung pengajian. 

Sebenarnya, Allah nk bagi saya berehat dari tugas2 hakiki saya, kerna dah 13 tahun saya menghabiskan masa dan ruang waktu sy untuk tugas-tugas hakiki, sampaikan saya sendiri tak berkesempatan untuk menyediakan fail kenaikan pangkat saya untuk naik gred DH48.. huhu.. sekarang saya agak menyesal kerna masa kerja saya, saya habiskan untuk menumpu kepada tugas hakiki saya sebagai Pegawai Peperiksaan, tugas-tugas mengajar dan dokumentasi2 lain, dan sibuk juga dengan program2 di Kolej. 

Walhal, banyak program2 yang saya dah ikuti, saya jd AJK dan ada yang saya uruskan juga, yang sepatutnya ia dah didokumentasikan dan dikumpulkan untuk kriteria kenaikan pangkat. Niat saya dalam hati, tak pelah, tahun depan lah mohon. Namun, perancangan Allah maha adil, direzekikan saya dapat sambung belajar dan maka tertangguhlah proses kenaikan pangkat saya. 

Saya mula mendaftar sebagai student UiTM untuk semester 1 pada sesi bulan 10/2022. Kini, saya dah berada di Semester kedua. Setiap tempat pasti ada cabaran dan dugaannya kan.. Tidak saya nafikan, belajar master ni juga memang sangat2 mencabar. Pada awalnya, classmate sy ada 18 orang. Selepas mendaftar 2 minggu, ada seorang rakan berhenti kerana sambil bekerja dan tidak dapat memberikan komitmen kelas,. maklumlah UiTM ni kelas untuk master, dibuat selepas jam 5 petang sehingga lah ke lewat malam. Selepas tamat semester 1, kawan kumpulan kami, Farhan juga menangguhkan pengajian, kerana tidak dapat memberikan komitmen plus katanya setiap subjek agak heavy dan byk assessment. Memang betul saya akui kebenarannya, sejak semester 1, bagi 1 subjek, dibahagikan kepada 3 pensyarah. Contohnya, bagi topik 1 - 3, Pensyarah A, Topik 4-6 Pensyarah B akan masuk, Topik 7-9 pula Pensyarah C. Cuba bayangkan, Pensyarah A bagi assignment, belum sempat submit ikut due yang diberikan, Pensyarah B dah masuk kelas mengajar, lagi berat pensyarah B pula dah bg assginment, makanya bagi 1 subjek dah bertindih assignment dan due date kt situ.. itu belum lagi untuk subjek yang lain.. hahahaha..haru kan..

Mula2 saya rasa terkejut, tp lama2 sy mula sesuaikan diri dengan situasi pembelajaran ni.. memang kesian pd classmate yang part time, sambil bekerja, assgnment pula banyak.. plus terkejar2 nk ke kelas lepas habis kerja, kelas dibuat weekdays. Saya dengar, sesetengah University buat kelas on weekend. 

Tambah berat pada saya adalah, sesi PdP dan semua nota2 dan assignment in ENGLISH ok..standardlah uitm kan.. ha..utk sy ni, orang kampunglah katakan, mana la reti sgt nk berbahasa inggeris ni kan, esp time presentation memg berhabuklah oooiii... kadang2 buat ayat siap2, baca slide je haha..tp ramai classmate sy yg keje bank, keje swasta, memg terorr giler speaking..memg salute lah.. jd kesukaran sy di bahagian itu, makanya bile nk bt assgment sy terpaksa baca jurnal, in english, translate and nak buat ayat rephrase semula..huhu memang itulah cabarannya kwn2..

So sape yang nak sambung belajar di UiTM, kene fikir2 kan ye kawan2, tp yang bagusnya yuran memang murah dari U lain, ok..hehehe.. 

Okay sy stop sampai cni. Next sy akn story subjek2 yang saya ambil dan knowledge yg sy belajar di UiTM ni.. 

InsyaAllah..

sampai bejumpa lagi semua, bye

Cara nak Generate QR Code melalui Google Form

 Assalamualaikum sahabat2.. Rentetan dari Kursus Asas Google Form haritu, saya sambung nota bagaimana cara nak generate QR Code untuk edar G...